Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu;
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang
kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan;
segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan
membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang
pernah mengalaminya
Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian













